RM5 juta buat FAM, umum Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mengurus dan meningkatkan keupayaan skuad bola sepak kebangsaan.

Perdana Menteri berkata, pencapaian skuad Harimau Malaya yang menunjukkan kesungguhan dan semangat tidak berputus asa ketika mengikat pasukan gergasi Korea Selatan 3-3 pada kempen Piala Asia di Doha, Qatar, malam tadi adalah sesuatu yang menakjubkan.

“Pasukan Harimau Malaya malam tadi menunjukkan kesungguhan dan semangat tidak lusuh walaupun setelah kalah dua pertarungan (tewas di tangan Jordan dan Bahrain dalam aksi Kumpulan E), ia satu perlawanan yang menakjubkan dan hebat.

“Jadi, saya ucapkan tahniah kepada mereka kerana menunjukkan semangat demikian. (Berdasarkan) pertimbangan daripada Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh), kerajaan setuju meluluskan RM5 juta kepada FAM supaya dapat menguruskan pasukan bola dan meningkatkan keupayaan mereka,” katanya memetik BH.

Anwar berkata demikian kepada media sebelum makan tengah hari di Restoran Nasi Kandar Pelita di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, peruntukkan berkenaan akan disalur segera kepada FAM.

Skuad Harimau Malaya menamatkan penantian selama 42 tahun layak secara merit ke saingan Piala Asia di Doha yang sedang berlangsung ketika ini.

Bagaimanapun, perjuangan skuad bimbingan Kim Pan Gon terkandas di peringkat kumpulan selepas tewas di kepada Jordan 0-4 dan 0-1 kepada Bahrain sebelum mengikat Korea 3-3 pada aksi terakhir kumpulan, malam tadi untuk mengutip satu mata.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat