KUALA LUMPUR -Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa ada 10 lagi wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) akan memberikan sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pun begitu, beliau tidak menyatakan secara khusus ahli Parlimen yang akan menyatakan sokongan itu.
Syed Abu Hussin berkata, jumlah itu termasuk sokongan yang sudah diumumkan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi, beberapa hari lalu.
Beliau juga tidak menyatakan secara spesifik bila ahli Parlimen berkenaan akan membuat pengumuman, namun memberi bayangan ia akan berlaku sebelum Dewan Rakyat mula bersidang 28 Feb ini.
Menggunakan ‘fomula’ 8+3, Syed Abu Hussin sekadar memberikan bayangan ahli Parlimen terbabit.
“Bagi kawasan utara Kedah, Pulau Pinang, dan Perak dan ada lima orang.
“Kawasan Pantai Timur pula melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang tiga orang, dan kawasan tengah (Selangor dan Melaka), tiga orang lagi,” katanya pada Jumaat.