Agong hargai sumbangan UAE hantar 500,000 vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Mulia Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan dan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas sumbangan satu juta vaksin COVID-19 Sinopharm.

Baginda bertitah demikian dengan ketibaan dan penyerahan bekalan kumpulan pertama 500,000 dos kelmarin.

Menjunjung titah Seri Paduka Baginda, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin

memaklumkan Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Luar Negeri Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin atas pelaksanaan kerjasama di antara Kerajaan Malaysia dan UAE dalam menjayakan sumbangan bekalan vaksin berkenaan.

Sumbangan bekalan kumpulan pertama ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin dan disambut Menteri Luar dalam upacara ringkas penyerahan yang disampaikan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar UAE di Kuala Lumpur, Nouf Ibrahim Ali Rasheed al-Kuwaiti, mewakili Duta Besar, Khalid Ghanim Mohammad Alghaith. Bekalan kumpulan kedua 500,000 dos dijadualkan tiba dalam masa dua minggu lagi.

Menurut Istana Negara, sumbangan ini jelas membuktikan persahabatan akrab dan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara.

“Semoga sumbangan ini akan membantu Kerajaan menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dalam memerangi dan membendung penularan virus ini.

“Baginda mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar UAE di Kuala Lumpur, Nouf Ibrahim Ali Rasheed al-Kuwaiti dan Duta Besar UAE ke Malaysia, Khalid Ghanim Mohammad Alghaith, atas sumbangan ini,” kata Istana Negara.

Sebelum ini, UAE juga telah menyumbang 20,000 unit kit ujian PCR dan 7 tan sanitizer melalui program Stok Peralatan Diplomatik Malaysia (MDES) bagi penggunaan kedutaan Malaysia di luar negara.

“Seri Paduka Baginda menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi daripada sebarang musibah dan penularan COVID-19 dapat dibendung dan diakhiri dengan berkesan serta segera,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam catatan di Facebooknya memberitahu
500,000 vaksin secara percuma sumbangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah tiba.

“Ini saya umum pada hari terakhir saya sebagai Menteri Luar Negeri beberapa bulan lalu.

“Diterima oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah di KLIA semalam.

“Alhamdulillah .Terima kasih Kerajaan UAE. Sentiasa bersama Malaysia sejak dari awal pandemik melanda,” ucapnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat