Hormati Institusi Presiden, Berbeza Aspirasi Jangan Sampai Jadi Sengketa – Tok Mat

- Advertisement -

SEREMBAN – Ahli UMNO diminta untuk terus menghormati institusi presiden dan tidak melakukan sesuatu di luar budaya parti.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tindakan mendesak pemimpin tertinggi berundur menerusi penggunaan sepanduk dengan kata kurang sopan dilihat bertentangan dengan adat, budaya orang Melayu dan Islam.

“Saya telah melihat kemunculan budaya yang tidak sihat dalam UMNO kebelakangan ini dalam cara kita mendesak pengunduran presiden parti.

“Kita boleh berbeza pandangan, aspirasi dan citra kerana UMNO itu nilainya demokratik, tetapi janganlah sampai ia membawa kepada sengketa yang akhirnya memecah-belahkan UMNO.

“Pepatah Melayu berpesan, “Menurut Biar Berakal, Menentang Biar Beradab”,” katanya dalam hantaran Facebook rasminya hari ini.

Semalam, UMNO Seremban menafikan bahagian tersebut mendesak presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan dan menyifatkan tindakan pemasangan kain rentang kononnya, daripada bahagian itu yang mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan merupakan provokasi pihak tertentu. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat