4,076 Pesakit Pulih, 3,585 Jangkitan Baru Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan 11 kematian baharu dua hari berturut-turut akibat pandemik COVID-19.

Angka berkenaan sekali gus menjadikan jumlah korban akibat wabak COVID-19 di Malaysia dalam tempoh setahun sudah mencecah 700 kematian.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 3,585 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 190,434 kes.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, sebanyak dua kes import direkodkan menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 40,574 kes,” katanya dalam kenyataan media yang diedarkan pada Selasa.

Sementara itu, Dr Noor Hisham juga memberitahu, negeri Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi bagi penularan jangkitan COVID-19 dengan pertambahan sebanyak 1,295 kes diikuti Kuala Lumpur (610 kes) dan Johor (516 kes).

Sehingga kini juga, seramai 280 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah berkenaan, 111 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah kes sembuh pula terus mencatat peningkatan dengan jumlah mereka yang dilaporkan pulih ialah 4,076 orang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 149,160 kes. – Awani

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

UMNO Perlis terus kerjasama BERSATU/PN pada PRU-15, sanggah MKT

KUALA LUMPUR – Biarpun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO nekad berpisah dengan BERSATU namun, UMNO Perlis tegar mempertahankan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) pada...

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

Berita Berkaitan

Muhyiddin Diberi Peluang Masuk Kaabah, Tunai Umrah

CYBERJAYA — Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menunaikan Umrah di Makkah, Sabtu, (Ahad di Malaysia), diberi peluang dan penghormatan oleh pemerintah Arab...

PKPD Kampung Tanah Merah Dilanjutkan Hingga 22 Mac

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah yang sepatutnya tamat esok, dilanjutkan mulai 9 hingga...

‘Broker’ Jadi Jurucakap, Cuba Pastikan UMNO Dalam Kawalan Mereka – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa musuh parti itu menggunakan 'broker' bagi menghancur dan menjatuhkan parti itu. Ahli Parlimen...