‘Tak Payah Isi Borang Lagi, Bayar Terus Bantuan RM1,000’ Arah Perdana Menteri

- Advertisement -

BENTONG: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan mangsa-mangsa banjir tidak perlu lagi mengisi borang bagi memohon Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang diumumkan olehnya.

Tegasnya, pembayaran BWI berjumlah RM1,000 perlu dibayar terus sebelum mangsa-mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pulang kerumah masing-masing.

“Bayar terus RM1,000 segera,

“Tak payah isi borang lagi.” Katanya ketika melawat PPS di Bentong.

Turut sama hadir Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain itu ujar beliau, Kerajaan Negeri Pahang akan menyumbang sebanyak RM500 kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang.

“Kerajaan Persekutuan akan menyediakan RM1,000 untuk satu keluarga dan Kerajaan Negeri Pahang akan menerima RM500 setiap satu keluarga,

“Setiap satu keluarga akan menerima RM1,500

“Dan yang pindah di sini tidak payahlah isi borang beriya-iya dah, bagi je duit,

“Sebab…nama pun dah ada, waktu daftar nak pindah dah ada nama, jadi pakai yang itu je, tidak payah pakai yang lain, jadi kita tak nak ada borang macam-macam dan akhirnya banjir sekali lagi duit tidak habis bayar lagi.” Katanya lagi.

Beliau juga turut meluluskan penambahan sebanyak RM5,000 untuk disumbangkan kepada waris mangsa-mangsa banjir yang kehilangan anggota keluarga, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM10,000 di bawah Bantuan Wang Ihsan.

Ujarnya lagi, kerajaan juga bersetuju menyalurkan peruntukan secara terus sebanyak RM50 juta kepada negeri Pahang dan Selangor yang terjejas teruk akibat banjir.

Dana daripada kerajaan dan GLC serta GLIC untuk menangani impak banjir dan pemulihan pasca-banjir telah disediakan sebanyak RM75.8 juta untuk membantu. Jelasnya. –SuaraTV

 

.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat