Permudahkan Proses Mohon Bantuan RM1,000 Untuk Mangsa Banjir – Johan Aziz

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan disaran mempermudahkan proses permohonan bantuan untuk rakyat malaysia yang terjejas dengan musibah banjir termasuk permohonan bantuan RM1,000 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat Datuk Johan Abd Aziz berkata, ramai mangsa banjir di Selangor terutama di kawasannya yang berdepan kesukaran untuk memenuhi beberapa kriteria bagi permohonan bantuan tersebut.

“Proses permohonan Bantuan Banjir sebanyak RM1,000 yang diumum Yang Berhormat Perdana Menteri harus dipermudahkan.

“Sebagai contoh, ramai mangsa banjir di Hulu Langat ini tidak melapor diri di PPS dan bagaimanakah untuk mereka membuat laporan polis sedangkan Balai Polis juga ditenggelami air.

“Saya mencadang untuk mewujudkan mekanisma baru yang bersesuaian dengan keadaan disini seperti melantik agensi-agensi yang berkenaan untuk turun sendiri ke lapangan membawa laporan atau borang permohonan diisi dirumah mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat dan laporan harian berkaitan banjir yang disampaikan oleh Urusetia Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat di Bilik Gerakan Bencana, Dewan Batu 14 Hulu Langat semalam.

Turut serta dalam taklimat itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam pada itu, Johan turut menggesa dipergiatkan usaha bagi menyelesaikan isu longgokan sampah yang sedang dihadapi penduduk taman perumahan susulan bencana banjir kali ini.

“Longgokan sampah sarap khususnya di Taman Sri Nanding, Taman Damai dan taman-taman lain semakin berbau kerana tiada kutipan atau mungkin kekurangan jentera.

“Diharap lori sampah, tong roro dan juga backhoe boleh diperbanyakkan untuk mengurangkan masalah ini.

“Tangki air pencuci dan juga Jentera Bomba yang berkemampuan untuk memancut air juga mampu untuk membantu di dalam isu ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat