Selamat Hari Natal, Jangan Dilupa Mereka Yang Ditimpa Musibah Banjir – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru semua pihak mengenang nasib sebahagian rakyat Malaysia yang kini sedang berdepan cabaran musibah banjir.

Menerusi perkongsian ringkas di laman Facebook dan Instagram tengah hari tadi, beliau turut menasihati rakyat Malaysia beragama Kriatian yang menyambut Hari Natal agar tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah jangktan Covid-19.

“Selamat Hari Natal kepada semua penganut Kristian di seluruh negara.

“Walaupun Hari Natal merupakan hari kegembiraan, jangan lupa kepada Keluarga Malaysia yang sedang ditimpa musibah banjir dan sebagainya.

“Juga jaga SOP (prosedur operasi standard) supaya kita sama-sama dapat mengelakkan sebarang jangkitan COVID-19,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat