Ku Li Beri Gambaran Sedia Berehat Daripada Politik

- Advertisement -

KAJANG – Wakil rakyat paling lama berkhidmat di Malaysia Tengku Razaleigh Tengku Hamzah memberi gambaran yang beliau bersedia untuk berehat daripada politik jika tidak diperlukan pada Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

Tengku Razaleigh, yang menjadi Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1986, berkata anak muda perlu berani ke depan dan menunjukkan kredibiliti mereka untuk diangkat menjadi wakil rakyat mahu pun pemimpin apabila diberikan peluang.

“Kita (bersedia) berehatlah… terpulang kepada parti untuk langkah seterusnya (jika khidmat tidak perlukan).

“Anak muda sebagai pelapis pemimpin perlu ke depan, perjuangkan apa yang perlu dilakukan supaya perubahan dapat dibuat secepat yang boleh. Banyak benda boleh dibuat daripada menanti perubahan sahaja. Negara lain sudah berubah, kenapa kita tidak boleh,” katanya.

Tengku Razaleigh, atau lebih mesra dipanggil Ku Li, berkata demikian ketika ditemui media selepas menjadi tetamu sebuah program anjuran Majlis Profesor Negara di sini hari ini.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu ditanya mengenai cakap-cakap supaya beliau berehat atau berundur dari kancah politik dan digantikan dengan pemimpin muda.

Aktif dengan sidang akhbar dan kemunculan dalam beberapa majlis politik sehingga diusik ingin menjadi perdana menteri, sambil tersenyum Ku Li berkata beliau tidak pernah menginginkan jawatan itu sepanjang bergelar ahli politik.

“Kalau saya ingin jadi perdana menteri, sudah lama saya jadi perdana menteri. Tetapi saya tidak berminat dengan jawatan itu, saya bagi dekat Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Waktu 1977 itu, saya merupakan pemimpin paling kanan dan ditawarkan oleh Tun Hussein Onn sebagai timbalannya namun saya tolak.

“Saya fokus kepada industri minyak dan kerana itu, Petronas kuat… kita semua mempunyai peranan masing-masing,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat