Tun M nasihatkan Albert Tei hubungi media dedah skandal rasuah Sabah

KOTA KINABALU – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ramai yang mengeluh kerana skandal yang berleluasa dalam PRN Sabah.

Kata beliau, disebut juga yang mengamalkan rasuah ialah pegawai dan kerajaan.

“Sebaliknya kerajaan konon sedang berjuang menghapus rasuah.

“Ternampak seperti biasa kerajaan kata lain, buat lain.

“Kali ini ada tokoh yang sudah selidik dan bersedia dengan bukti bahawa pembantu kerajaan terlibat secara langsung dengan rasuah.

“Saya hanya dapat nasihat supaya ia hubungi pihak media,” ujar Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada pertemuannya dengan Albert Tei.

Menurut Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari dalam catatan di Facebooknya berkongsi gambar pertemuan Dr Mahathir dan Albert Tei.

“Saya difahamkan bahawa gambar ini diambil semalam semasa pertemuan Tun M dengan Albert Tei, seolah-olah sesuatu yang mengejutkan akan berlaku.

“Menurut sumber yang boleh dipercayai, Albert Tei pendedah skandal rasuah terbesar dalam sejarah Sabah melibatkan 15 orang pemimpin politik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah payung Madani telah mengadu kepada Tun M berhubung sekelompok dalang sebenar yang mengarahkan beliau untuk melakukan rakaman tersebut.

“Saya percaya ramai yang tidak sabar ingin tahu siapa sebenarnya yang merancangkan konspirasi tersebut, apa niat dan tujuan kumpulan tersebut di sebalik semua ini?

“Nampaknya perkara ini lebih rumit dan menakutkan daripada apa yang diketahui secara umum, bayangkan Albert Tei perlu minta bantuan daripada Tun M untuk mendedahkan kumpulan tersebut.

“Sudah pasti dalang di sebalik semua ini bukanlah orang biasa, marilah kita sama-sama menunggu pendedahan selanjutnya. Ini bakal mendedahkan wajah sebenar kerajaan yang bertopengkan slogan Madani,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat