KJ turun Sabah bantu kempen calon PKR, BN dan GRS

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengumumkan siri jelajah kempen ‘KJ Turun Sabah’ sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula 26 hingga 27 Nov ini.

Dalam jadual ‘KJ Turun Sabah’ yang diatur bekas Menteri Kesihatan itu akan berkempen untuk DUN Sindumin, Melalap, Bongawan dan Tempasuk.

Pada 26 Nov jam 1 petang, Khairy akan turun ke Kampung Guruh-Guruh, Bandar Sipitang bagi membantu Datuk Yamani Hafez Tun Musa yang mewakili PKR (PH).

Manakala pada sebelah petang Rabu, Khairy akan ke Padang Pekan Tenom bagi membantu calon Melalap, Datuk Jamawi Jaafar pula.

Pada jam 9 malam Rabu, Khairy melanjutkan jelajah membantu calon BN Datuk Mohamad Alamin di Kampung Baru Perpaduan Kimanis.

Selanjutnya pada 27 Nov, Khairy akan berada di pekarangan Dewan Arsad, Kota Belud bagi membantu kempen calon GRS Datuk Arsad Bistari.

Sebelum ini Khairy mengesahkan bahawa beliau bakal turun ke Sabah bagi membantu menggerakkan kempen calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, meskipun status kemasukan semula dirinya ke dalam Umno masih menjadi tanda tanya.

Menurut beliau kedatangannya ke Sabah adalah atas jemputan rakan seperjuangan yang pernah bersama beliau dalam Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Ya, saya akan turun (ke Sabah). Saya ada terima jemputan dan permintaan daripada kawan-kawan lama yang pernah bersama saya dahulu,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat