KPN letak kepercayaan penuh kepada Dewan Rakyat untuk luluskan Belanjawan 2021

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador meletakkan kepercayaan penuh kepada Dewan Rakyat agar Belanjawan 2021 dapat diluluskan bagi memperkasakan sektor pertahanan dan ketenteraman awam negara.

Bagaimanapun, kata Abdul Hamid, beliau yakin sekiranya belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov lepas tidak diluluskan, proses demokrasi di negara ini akan tetap berjalan lancar.

“Pemimpin-pemimpin politik dilihat dapat memainkan peranan masing-masing dengan penuh kematangan dan dengan rasa penuh bertanggungjawab.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM)  sentiasa fokus dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, di samping melaksanakan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 yang kini masih berlangsung dan pengundian bagi meluluskannya dijangka diadakan esok.

Abdul Hamid berkata ketika ini, keadaan keselamatan adalah terkawal dan pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan terhadap sebarang aktiviti di seluruh negara selain membantu dalam penguatkuasaan bagi membendung penularan COVID-19.

“Kami juga tetap fokus dalam tugasan membantu Kementerian Kesihatan menangani ancaman COVID-19,” katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan PDRM mengiktiraf agihan daripada peruntukan berjumlah RM17 bilion yang diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkasakan penyampaian perkhidmatan PDRM kepada masyarakat.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat