Tembakan Di Sempadan: Kejadian Berbalas Tembakan Berlaku Secara Spontan – KPN

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

SANDAKAN - BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit...

KUALA LUMPUR – Kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand antara dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kumpulan penyeludup dadah awal pagi tadi berlaku secara spontan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata kedua-dua pihak melibatkan polis dan penyeludup terkejut melihat kehadiran masing-masing di lokasi kejadian iaitu kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

“Dua anggota PGA itu dalam operasi perisikan dengan bersenjatakan pistol dan menunggang motosikal, dan mereka tiba di satu kawasan belukar serta denai di kawasan ladang getah menuju ke tembok sempadan.

“Mereka kemudian berjalan di denai sebelum terserempak dengan kumpulan itu yang membawa guni mengandungi daun ketum dan ubat batuk,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini.

Beliau berkata Kpl Baharuddin Ramli, 54, yang maut terkena tembakan di rusuk kanan sempat meminta rakannya Kpl Norihan a/l Tari, 39, meminta bantuan dari pos kawalan TS9, menyebabkan Norihan yang sudah cedera kerana terkena tiga das tembakan bergegas kembali ke motosikal mereka dan menunggang ke pos kawalan berkenaan.

Abdul Hamid berkata pasukan bantuan yang tiba di lokasi kejadian setengah jam kemudian mendapati Baharuddin, orang asli dari suku kaum Semelai, telah terbaring dan meninggal dunia dalam keadaan pistolnya berada di bahu dan kehabisan peluru.

“Kecederaan Norihan pula ialah dua dari peluru terkena ususnya namun beliau kini stabil di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis,” katanya.

Abdul Hamid berkata pasukan komando VAT69 yang turut dikerah ke lokasi kejadian bersama pasukan bantuan dari PGA kemudian berjaya menahan dua suspek lelaki warga Thailand, dengan salah seorangnya ditahan berdekatan lokasi kejadian.

Beliau berkata jasad Baharudin masih di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah dan akan dibawa ke Kem 3 Batalion PGA di Bidor Perak sebelum disemadikan mengikut istiadat rasmi PDRM di Kampung Sampo, Bahau, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Abdul Hamid turut menjelaskan sindiket penyeludupan dadah itu dipercayai beroperasi dengan cara pertukaran ‘barter’ iaitu menyeludup ke dalam negara ini dadah, antaranya heroin dan syabu dari Thailand, dan membawa daun ketum dari negara ini ke Thailand.

“Polis sedang memburu tiga rakyat Malaysia yang dipercayai terlibat dalam sindiket berkenaan dan polis juga sudah mengenal pasti tujuh sindiket penyeludupan yang bergiat di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata polis juga merekodkan dua kejadian tembakan berdekatan pos kawalan berkenaan pada 12 dan 15 Nov lepas, dipercayai menggunakan senapang angin dan senjata api lain, yang dipercayai untuk menakutkan anggota penguatkuasa di kawasan itu.

Beliau berkata bantuan kebajikan sewajarnya akan diberikan kepada kedua-dua anggota pasukan Senoi Praaq itu, dan mereka juga pernah menerima beberapa sijil penghargaan dan anugerah perkhidmatan cemerlang sebelum ini.

Katanya, pasukan Senoi Praaq juga memiliki reputasi yang digeruni dalam kalangan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand kerana amanah dan berintegriti tinggi semasa menjalankan tugas.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...