- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Sambutan dua tahun pentadbiran Kerajaan Madani akan diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, dari 22 hingga 24 November ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
“Tarikh sambutan itu mengambil kira sempena tarikh Perdana Menteri mengangkat sumpah jawatan pada 24 November 2022.
“Perincian acara ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya pada sidang media pascamesyuarat Jemaah Menteri, di Putrajaya pada Jumaat.