Polis kenal pasti 5,648 kawasan ‘hotspot’ banjir di seluruh negara – KPN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 5,648 kawasan ‘hotspot’ di 163 daerah seluruh negara sebagai lokasi banjir ketika Monsun Timur Laut (MTL).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kawasan itu dikenal pasti bagi memudahkan perancangan awal atur gerak penugasan dan pelan intervensi keselamatan.

Beliau berkatan, atur gerak itu membabitkan lima negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak juga dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi berlakunya banjir.

“PDRM sentiasa bersiap siaga untuk menggerakkan kekuatan operasi bagi menghadapi bencana banjir, terutamanya ketika MTL. Perancangan atur gerak rapi sudah dibuat dalam menghadapi MTL yang diramal bermula lebih awal tahun ini iaitu dari November ini hinggaMac 2024.

“Bagi mengetuai operasi ini, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) dilantik sebagai komander operasi bencana peringkat pusat.

“PDRM juga bekerjasama rapat dengan agensi-agensi keselamatan lain untuk memastikan setiap misi bantuan dan menyelamat mangsa dapat dilaksanakan dengan pantas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, PDRM turut bersiap sedia untuk menggerakkan aset-aset terdiri 503 bot banjir, treler bot (206) ; lori (497) ; kereta pacuan empat roda (802) dan vav/ambulan (17) bagi menghadapi MTL.

Katanya, sebanyak 6,028 jaket keselamatan dan lapan pesawat udara turut akan digerakan mengikut keperluan dan perkembangan semasa bencana.

“Secara keseluruhan, terdapat lima agensi kerajaan termasuk PDRM yang akan ditugaskan untuk menghadapi MTL dengan jumlah kekuatan keseluruhan seramai 61,839 orang.

“Jumlah ini merangkumi 19,085 orang dari PDRM diikuti Angkatan Tentera Malaysia (4,205 orang) ; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (24,114 orang);Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (10,510 orang) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (3,925 orang) bersama rakan-rakan agensi keselamatan lain yang akan sentiasa mengambil tindakan segera di kawasan yang terlibat bencana banjir,”katanya.

Menurutnya, masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko banjir, dinasihatkan supaya memberi kerjasama serta patuh kepada arahan pihak berkuasa sekiranya perlu berpindah demi keselamatan serta mengelak kejadian tidak diingini.

“PDRM juga akan memastikan peranan utama memastikan tahap keselamatan termasuk di sempadan negara, kekal diberikan tumpuan sepanjang penugasan bencana banjir berlangsung,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat