Ammonia bocor: Polis buka semula laluan masuk Taman Perindustrian Jaya

- Advertisement -

PETALING JAYA – Polis membuka semula laluan masuk ke kawasan Taman Perindustrian Jaya di Ara Damansara yang ditutup berikutan kebocoran gas ammonia di kilang memproses ais, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata ia berikutan bacaan indeks pencemaran menunjukkan penurunan ke tahap normal pada jam 5.30 petang tadi.

“Org ramai boleh memasuki kawasan perindustrian, namun pemantauan secara berkala akan dijalankan oleh unit peronda polis (MPV),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, polis meminta orang ramai menjauhkan diri dari kawasan perindustrian berkenaan dan menyarankan mereka di kawasan berhampiran mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika mengalami sebarang simptom yang mencurigakan.

Pihak polis menerima maklumat kebocoran gas ammonia itu ini, sekitar jam 10.30 malam tadi dan kemudian bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mengambil keputusan menutup keseluruhan kawasan Taman Perindustrian Jaya.

Keluasan kawasan perindustrian yang terkesan akibat kebocoran gas amonia ini adalah seluas 400 meter persegi. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat