Israel, US dan UK wajar dikutuk atas pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin -Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selain mengutuk kekejaman Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai secara berterusan ke atas rakyat Palestin, masyrakat dunia juga wajar mengecam kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Israel bukanlah kuasa besar dunia namun di belakangnya berdiri AS mempertahankan jenayah dan kekejaman Israel.

“Israel bukan kuasa besar. Namun ia tidak mempedulikan undang-undang atau moral antarabangsa. Kenapa? Sebabnya kerana ia mempunyai Kerajaan Amerika Syarikat di belakangnya.

“Terus terang Kerajaan AS meluluskan jenayah dan maksiat Israel. Biden tidak pernah menyebut tentang rakyat Palestin yang telah dibunuh.

“Mengapakah Kerajaan Amerika menyokong Israel? Ia adalah kerana orang Yahudi AS mempunyai suara yang besar dalam pilihan Presiden dan Kerajaan AS. Mereka memiliki media dan bank,” tegas bekas Perdana Menteri itu pada Rabu.

Justeru katanya, semasa kita mengutuk Israel atas kekejaman terhadap rakyat Palestin, kita juga harus mengutuk Kerajaan AS kerana menyokong kekejaman itu.

“Malah Kerajaan AS nampaknya bersedia untuk menyokong pencerobohan Israel ke atas Gaza dan pembunuhan beramai-ramai yang dirancangnya. Kerajaan Amerika dan UK sama-sama bersalah,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat