UMNO Selangor Tetap Teguh Pertahankan MN Bersama PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO Selangor istiqamah mahu mempertahankan kerjasama Muafakat Nasional (MN) bersama PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan,” kata Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Katanya hal ini kerana kedua-dua parti sudah memeterai piagamnya membentuk kerjasama mengembangkan naratif Islam dan Melayu pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dua tahun lalu.

“Saya ada pendapat sendiri (mengenai kerjasama ini), tetapi saya tidak boleh mendahului keputusan majlis tertinggi parti. Cuma, saya punya prinsip dan pegangan ialah MN lebih diperkukuhkan.

“Sebab apa, MN ini kita dahulu telah pun membuat memorandum persefahaman dengan kita (PAS dan UMNO), jadi kalau boleh kita mempertingkatkan MN…itu bagi sayalah,” katanya memetik Utusan pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas soalan pemberita mengenai keputusan yang diharapkan selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijangka bermesyuarat minggu depan yang menyentuh soal kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri nanti.

MN merupakan gagasan kerjasama UMNO dan PAS pada 14 September 2019 yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.

UMNO dilaporkan enggan terburu-buru dalam menentukan kedudukan bersama PN yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS sebaliknya mahu mendapatkan pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata partinya tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya negeri akan datang yang memungkinkan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PN dan Pakatan Harapan (PH).

Mengulas berkenaan larangan Kementerian Kesihatan bagi aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya, kata Noh, beliau tiada masalah berhubung sekatan berkenaan.

“Ini satu tindakan yang patut kita berikan sokongan, tidak perlu berkumpul ramai jentera-jentera parti semua sepatutnya sudah ada, jadi lebih baik berkomunikasi sahaja.

“Saya setuju kerana kita lihat bahawa sekarang ini keadaan memang luiar biasa, jadi kita kena buat kerja secara luar biasa. Kita tidak mahu disebabkan usaha kerajaan selama ini hampir berjaya tiba-tiba berlaku PRN di Melaka kes naik mendadak seperti di Sabah dahulu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat