‘Tiada lagi filem Rock, Zombie Kampung Pisang dan Manap Karaoke’ – Hattan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal Datuk Hattan mengakui pembabitannya dalam filem arahan dan terbitan Allahyarham Mamat Khalid membawa impak yang cukup hebat bagi dirinya.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Hattan mengimbas kembali perbualan bersama Mamat ketika ditawarkan membintangi filem Rock Bro.

“Abang saya tak boleh awal sangat bang. Saya malam sikit,” tulisnya yang bermaksud hanya boleh masuk set agak lewat malam.

Mamat sebaliknya memberi jawapan yang tenang apabila berkata, dia sedia menunggu kerana ‘watak khas’ itu memang dihasilkannya untuk Hattan.

“Itulah kata-kata Abang Mamat pada saya semasa saya menghubungi beliau (arwah) sebelum pengambaran filem Rock Bro.

“Walaupun hanya beberapa babak sebagai undangan khas tetapi impaknya cukup hebat bagi saya.

“Saya masih ingat lagi kita ‘shooting’ babak sebagai penerbit album. Lebih kurang jam 1 pagi dan selesai jam 4 pagi, tetapi saya puas,” katanya.

Menurut Hattan, dia sedia maklum selepas ini tiada lagi filem terbaik hasil karya Mamat.

“Tiada lagi filem Rock, tiada lagi Zombie Kampung Pisang dan tiada lagi Manap Karaoke.

“Abang Mamat memang lagenda. Lain dari yang lain dan tiada galang gantinya. Tenanglah disana, abangku,” tulisnya.

Mamat, 58, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, jam 12.30 tengah malam tadi.

Arwah dipercayai mendapat serangan jantung dan tidak sedarkan diri ketika berada di kafe miliknya dikenali Sarang Art Hub.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat