PRN Melaka terjadi punca sikap penting diri politikus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan berpunca daripada sikap penting diri di kalangan ahli politik,” kata Ahli Parlimen (Bebas-Tebrau), Steven Choong Shiau Yoon.

Susulan kritikan itu, beliau sangat mengalu-alukan keputusan kerajaan melarang perhimpunan politik pada PRN Melaka bagi mengelakkan penularan COVID-19.

“Saya mengalu-alukan pengumuman kerajaan agar perhimpunan politik adalah dilarang pada PRN Melaka mulai 25 Oktober iaitu hari ini bagi mengelak peningkatan kes COVID-19 yang sebelum ini berlaku pada PRN Sabah tahun lepas.

“Kita dalam politik harus setiap masa meletakkan kesihatan rakyat sebagai agenda utama kita.

“Malangnya kita atas kepentingan diri telah menyebabkan pilihan raya Melaka dilakukan pada masa ini yang tidak sesuai bagi rakyat biasa di luar sana,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Steven berkata demikian ketika membahaskan usul untuk mengungkaikan Ordinan-Ordinan Darurat di yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pada Februari lalu beliau mengumumkan keluar PKR untuk menjadi ahli Parlimen bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam perbahasannya hari ini, Steven mencadangkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat pada PRN Melaka untuk mengelakkan penularan COVID-19.

Antara yang dicadangkan termasuk melarang penyokong parti politik berkumpul pada hari penamaan calon dan hari mengundi serta menghehadkan jumlah pengundi yang dibenarkan memasuki pusat mengundi pada satu-satu masa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat