PRN Melaka: Kerjasama Bersama PN Ditentukan Minggu Depan – Shahril Hamdan

- Advertisement -

KUALA LANGAT: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan diadakan pada minggu hadapan bagi membincangkan mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

UMNO memaklumkan pihaknya tidak akan terburu-buru dalam menentukan kedudukan bersama gabungan Parti Bersatu dan Pas itu, sebaliknya mahu mendapatkan pandangan semua pihak sebelum membuat sebarang keputusan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang memberitahu mesyuarat tersebut juga akan membincangkan strategi jentera parti.

“Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) akan diadakan pada masa terdekat. Di situ akan diputuskan strategi macam mana hendak bergerak.

“Pandangan-pandangan semua pihak akan diraikan dan kita perlu sedar bahawa Presiden parti sebenarnya, setiap kali pun memberi ruang kepada pandangan yang timbul daripada mesyuarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Persidangan UMNO Kebun Bharu Barat Batu 9, semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini, sekiranya tiada kata putus yang jelas daripada Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu sewajarnya tidak dilengah-lengahkan memandangkan tarikh penamaan calon yang semakin hampir.

Shahril berkata, UMNO bagaimanapun berharap pandangan-pandangan tersebut mampu menjelmakan kemenangan kepada parti pada PRN Melaka kelak.

“Sehubungan dengan itu sebarang keputusan untuk bersama dengan mana-mana parti kita akan perincikan selepas mesyuarat tersebut,”katanya.

Mengulas mengenai persiapan pihak parti untuk PRN Melaka, persiapan awal telah dilakukan dari sudut pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Pada pemahaman saya SOP lengkap untuk PRN belum diterbitkan.

“UMNO juga bersedia sebarang kemungkinan dengan tiada langsung kempen secara fizikal. Mungkin lebih ketat daripada Pilihanraya Kecil (PRK) Chini dan lain-lain PRK kita sudah bersedia membuat persiapan ke arah senario tersebut,” ujarnya.

– UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,581FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat