Jamin Siasat Pandora Papers, Panggil Individu Terkait Buat Penjelasan Di Parlimen – Wan Junaidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berjanji bahawa kerajaan akan menyiasat isu Pandora Papers.

Malah Ahli Parlimen Santubong itu juga memberi jaminan akan membawa semua individu terkait dengan Pandora Papers hadir ke Parlimen dan membuat penjelasan peribadi berhubung kontroversi berkenaan di Dewan Rakyat.

“Insyaallah kita akan maklumkan kepada tiap-tiap individu yang berkenaan (Pandora Papers) untuk membuat penjelasan.

“Bahkan kita akan membolehkan mereka membuat penjelasan peribadi mereka sendiri di Parlimen,” kata beliau di Dewan Rakyat pada Isnin.

Wan Junaidi juga memberi keyakinan kepada anggota Dewan Rakyat untuk menjemput semua agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Jenayah Komersial dan pihak-pihak lain yang berkenaan selepas mendapat arahan Perdana Menteri supaya siasatan dilaksanakan.

“Kita akan bincang dan menetapkan tarikh tertentu untuk memberikan jawapan kepada Parlimen… yakni apabila keputusan diperoleh daripada siasatan itu nanti,” ujar beliau.

Isu ‘Pandora Papers’ yang mendedahkan individu mempunyai akaun luar pesisir seperti bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan beberapa ahli keluarganya serta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat