Mat Ket Akhirnya Dicekup Polis

- Advertisement -

PENDANG: Tokan dadah dikenali sebagai ‘Mat Ket’ yang menjadi buruan polis akhirnya ditahan dalam serbuan di tepi jalan Kampung Dato Syed Ahmad, Mukim Padang Peliang, Sungai Tiang, semalam.

Dalam serbuan jam 2 petang itu, suspek berusia 20-an itu dipercayai dalam perjalanan menghantar bekalan dadah kepada penagih di sekitar kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, berkata sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Tiang berjaya mengesan suspek dan menahannya di lokasi untuk pemeriksaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui sembilan paket dadah jenis heroin seberat 99.41 gram dalam beg silang yang dipakainya itu.

“Suspek yang menetap di kampung itu dikatakan bergerak aktif menghantar bekalan dadah selain membuka ‘port’ menghisap dadah dalam hutan di kampung berkenaan,

“Berdasarkan maklumat diperolehi, kegiatan menghisap dadah yang dilakukan mereka bermula pada awal pagi hingga lewat petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arriz Sham berkata, Mat Ket sudah lama diburu polis dan hasil maklumat awam selain tangkapan beberapa penagih sebelum ini mendapati mereka memperoleh bekalan dadah daripada suspek.

Beliau berkata, berikutan itu suspek ditahan untuk siasatan lanjut, manakala dadah yang ditemui turut dirampas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat