Jabatan Integriti Bukit Aman Siasat Elemen Cuai Kes MPV Polis Dilarikan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan sama ada wujud elemen kecuaian anggota polis berhubung kejadian sebuah kereta peronda (MPV) dilarikan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) di Kepala Batas , Pulau Pinang.

Pengarahnya, Datuk Zamri Yahya berkata, siasatan berhubung perkara itu akan dilakukan.

“Kita akan siasat jika terdapat kecuaian di pihak anggota polis yang terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebuah MPV jenis Honda Civic 1.8S milik Polis Diraja Malaysia dilarikan penjenayah dari IPD SPU di Kepala Batas malam tadi.

Bagaimanapun, dua suspek iaitu lelaki dan perempuan masing-masing berusia 30-an dan 20-an berjaya dicekup di Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Difahamkan suspek telah menyamar sebagai polis sebelum memasuki IPD berkenaan dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 9.40 malam sebelum melarikan kereta tersebut. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat