“Mana-mana parti boleh kerjasama asal bukan GRS, itu muktamad” – Zahid

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) terbuka bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, namun tidak dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan mengenai perkara itu telah pun dimuktamadkan.

“Kita sebut bahawa BN-PH (Pakatan Harapan) ‘plus’ ‘plus’ ‘plus’. Ertinya kita bersedia bersama dengan mana-mana pihak yang bersetuju dengan prinsip parti kita.

“GRS kita sudah muktamadkan kerana mereka yakin mereka mampu menang banyak. Jadi mereka tidak memerlukan BN. Kita ucapkan selamat berjaya kepada mereka,” lapor Utusan di Putrajaya, semalam.

Sebelum ini, Zahid mengumumkan keputusan muktamad BN dan Umno Sabah untuk tidak bekerjasama dengan GRS pada PRN17 Sabah.

Menurutnya, GRS memutuskan hanya akan bekerjasama dengan PH pada pilihan raya itu.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, keterbukaan BN untuk bekerjasama dengan parti lain itu adalah untuk mengelakkan pertindahan kawasan yang memiliki tahap kebolehmenangan tinggi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat