Hishammuddin Gesa ATM Perhebatkan Vaksinasi Pandu Lalu

- Advertisement -

ULU TIRAM: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn menggesa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperluaskan perlaksanaan vaksinasi secara pandu lalu untuk orang awam yang tinggal di kawasan pendalaman.

Jelasnya, ianya untuk mempercepatkan kadar 90% vaksinasi rakyat dapat dicapai segera.

Untuk itu, beliau telah mengarahkan ATM menambah Combat Medic Vanicnation Team untuk mempercepatkan suntikan untuk yang tinggal di kawasan pendalaman.

”Saya faham, ramai harap kadar vaksinasi lengkap golongan dewasa segera capai 90% bagi membolehkan lebih banyak kelonggaran diberi termasuk rentas negeri selari dengan pengumuman Perdana Menteri Rabu lalu.

”Angkatan Tentera Malaysia akan bantu KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dengan sedaya upaya bagi meningkatkan kadar vaksinasi di bawah PICK. Saya telah arah ATM segera tambah Combat Medic Vaccination Team untuk diaturgerak bagi mempercepatkan lagi vaksinasi penduduk terutama di kawasan-kawasan pedalaman.

“Saya juga telah minta ATM perluas pelaksanaan vaksinasi pandu lalu bagi warga ATM dan awam MINDEF sebelum ini untuk turut dimanfaatkan orang awam yang tinggal berhampiran kem-kem ATM. InsyaAllah.” Ujarnya selepas memantau program vaksinasi pandu lalu untuk anak-anak warga ATM, warga ATM dan orang awam di Kem Ulu Tiram, 6 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RRD), di sini, pada Sabtu. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat