VIVIZ pilih Malaysia sebagai destinasi bermakna dalam jelajah Dunia 2025

Tahun 2025 ternyata menjadi tahun penuh makna buat kumpulan K-pop terkenal, VIVIZ. Bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-10 perjalanan seni mereka sejak bersama GFRIEND, malah trio berkarisma Eunha, SinB dan Umji akhirnya menjawab penantian panjang peminat Malaysia, Na.V, dengan konsert pertama mereka di tanah air.

Konsert bertajuk 2025 VIVIZ WORLD TOUR [NEW LEGACY] in MALAYSIA dijadual berlangsung pada 25 Oktober 2025 (Sabtu), jam 5 petang di Zepp KL (Idea Live Arena), dianjurkan oleh TopGallant Show.

Bagi Na.V Malaysia, kehadiran ini lebih daripada sekadar konsert. Sejak debut mereka pada 2022 dengan hit “Bop Bop!”, peminat tempatan sudah lama berharap VIVIZ akan hadir ke Malaysia. Setiap kemunculan mereka dalam rancangan global seperti Queendom 2 dan Grammy Global Spin hanya menambah rasa rindu yang akhirnya terubat pada Oktober ini.

“Kalau dulu kami hanya mampu menyokong dari jauh, kali ini kami akan berdiri depan mata mereka itu lebih dari mimpi jadi kenyataan,” kata seorang peminat fanbase Na.V Malaysia yang ditemui di media sosial.

Tahun ini juga menyaksikan pelancaran album penuh pertama mereka, “A Montage of ( )”, yang menampilkan single utama “La La Love Me” serta lagu solo setiap ahli: “Hipnotic” (SinB), “Love Language” (Umji) dan “Milky Way” (Eunha).

Lebih istimewa, konsert Malaysia berlangsung tidak lama selepas mereka diraikan dalam reunion ulang tahun ke-10 bersama bekas ahli kumpulan GFRIEND. Secara simbolik, ia seolah-olah perjalanan penuh bulatan daripada GFRIEND ke VIVIZ, kini mereka berdiri kukuh dengan identiti baharu, sambil tetap menghargai kenangan lalu.

Bukan sekadar konsert, pihak penganjur turut menyediakan pelbagai manfaat eksklusif mengikut kategori tiket. Peminat berpeluang menyertai sesi sound check, bertemu secara Hi-Bye, mendapatkan poster dan photocard bertandatangan, malah hanya beberapa yang bertuah akan menerima Polaroid eksklusif bertandatangan ahli VIVIZ.

Harga tiket bermula daripada RM338 hingga RM738, dan jualan akan dibuka pada 4 September 2025 (Khamis), jam 12 tengah hari di laman sesawang rasmi seperti my.bookmyshow.com, Fantopia, Ctrip dan Trip.com.

Dengan kehadiran VIVIZ buat pertama kali di Malaysia, jelas bahawa Kuala Lumpur bukan sekadar hentian biasa dalam jadual padat jelajah dunia mereka. Ia sebuah detik yang melambangkan “legacy” baharu VIVIZ  terus mekar, penuh warna, dan kini dirasai secara dekat oleh Na.V tempatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat