Najib dipenjara, bukti PM tak campur tangan bidang kehakiman -MIC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Terbukti Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak campur tangan dalam bidang kehakiman apabila keputusan kes SRC International Sdn Bhd tidak memihak kepada Datuk Seri Najib Razak.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, keputusan mahkamah itu bukanlah pencapaian Pakatan Harapan (PH) sebaliknya bukti Ismail Sabri tidak campur tangan dalam urusan mahkamah.

“Kita semua tahu bekas perdana menteri telah dimasukkan ke penjara. PH dakwa itu pencapaian mereka.

“Sebenarnya, kes ini bukti Perdana Menteri (PM) tidak campur tangan dalam urusan mahkamah,” kata Vigneswaran lapor Malaysiakini.

Pun begitu, beliau berkata MID sangat sedih dengan keputusan mahkamah dalam kes Najib.

“Keputusan mahkamah amat menyedihkan. Saya sendiri tidak setuju dengan proses perbicaraan.

“Tapi saya menghormati keputusan mahkamah dan undang-undang negara,” ujar Vigneswaran lagi.

Tegas beliau kekalahan Najib bukanlah satu pencapaian PH.

“Satu-satunya pencapaian PH ialah menutup kes banglo membabitkan Lim Guan Eng.

“Sementara pencapaian kita ialah memperkuatkan sistem Parlimen,” ujarnya.

Pada September 2018,Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Guan Eng daripada dua tuduhan rasuah selepas Peguam Negara menerima hujah balas peguam.

Keputusan itu dibuat ketika PH menjadi kerajaan dan Guan Eng menjawat jawatan Menteri Kewangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat