Biro Politik UMNO cuma bahas hukuman penjara Najib?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Agenda mesyuarat Biro Politik UMNO didakwa hanya menumpukan sepenuh perbincangan kepada kes sabitan dan hukuman Datuk Seri Najib Razak.

Pertemuan Biro Politik UMNO lebih kurang tiga jam malam tadi difahamkan tidak sedikit pun menyentuh soal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) atau topik berkenaan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malah media gagal mendapatkan sebarang komen daripada pimpinan UMNO yang hadir memandangkan kesemua mereka memilih untuk ‘kunci mulut’.

Cuma Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ‘sudi’ memberikan sedikit komen ringkas namun tidak jelas seolah-olah menyembunyikan agenda sebenar pertemuan Biro Politik itu.

Ditanya adakah Biro Politik ‘menghentam’ Perdana Menteri dalam mesyuarat itu? Bagaimanapun, Ahmad menyangkal perkara itu,

“Hentam PM? Tak de, tak de mana hentam PM. PM pun ada sama kan.

Kemudian ditanya lagi, adakah ia berkisar tentang Najib, Ahmad sekali lagi menafikan.

Katanya tak ada, cuma mesyuarat tentang PRU-15 namun beliau tidak mengulas lanjut.

Pun begitu, sumber memberitahu mesyuarat tiga jam itu hanya membahaskan prosiding mahkamah Najib dan hukuman penjara 12 tahun yang dihadapinya.

Dakwa sumber itu, Biro Politik mempersoalkan mengapa mahkamah tidak membenarkan kes Najib ditangguh, kenapa tak lanjutkan tempoh perbicaraan Najib juga mempertikai kenapa hukuman dijatuhkan tergesa-gesa?

Malah sumber itu mendakwa Biro Politik membaca semula kenyataan yang dibaca Najib dalam kandang tertuduh sebelum mahkamah membuat keputusan.

Mesyuarat Biro Politik UMNO malam tadi dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Hadir sama Ismail Sabri yang juga Naib PresidenUMNO dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Ahli MKT, Isham Jalil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat