Pemimpin, Ahli Harus Ikut Keputusan MKT Pilih Ismail ‘Poster Boy’ BN – Jalaluddin Alias

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias hari ini menegaskan isu “poster boy” seharusnya tidak lagi berbangkit ketika parti sedang bersiap sedia dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Parti dan MKT telah buat keputusan pada 14 April 2022 bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai “poster boy”, tidak ada keputusan lain selain itu.

“Maka semua peringkat kepimpinan dan ahli parti harus ikut keputusan pucuk pimpinan parti. Para pemimpin dan ahli parti tidak wajar memberi kenyataan yang boleh menyakitkan dan merenggangkan lagi hubungan antara sesama ahli parti.

“Ini juga melambangkan sikap berjiwa besar Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Haji Hasan, yang meletakkan kepentingan parti demi kemenangan BN, lebih penting berbanding jawatan,” katanya, dipetik dari Facebook beliau hari ini.

Beliau yang juga Ahli parlimen Jelebu berkata, perkara penting ketika ini adalah solidariti dalam parti untuk menghadapi PRU15.

“Semua bersimpati dengan kes yang dihadapi Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak, tetapi yang penting bagi kita ialah kematangan untuk kita menghadapi suasana getir ini.

“Saya harap pemimpin dan ahli parti tidak membuat kenyataan yang boleh menyakitkan hati orang, merugikan parti dan merenggangkan hubungan antara satu sama lain.

“Buat masa ini, semua ahli parti dan kepimpinan mesti duduk di bawah satu kesepaduan dan solidariti antara kita harus dikukuhkan.

“Ini bukan kali pertama parti berhadapan dengan krisis dan masalah, sejarah telah terbukti bahawa kita sudah berjaya menghadapi dan menanggani setiap masalah dengan kesepakatan yang kita amalkan sejak sekian lama,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyarankan supaya pemimpin dan ahli parti harus berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan timbul salah faham.

“Lebih baik berdiam diri daripada bercakap sesuatu perkara yang boleh memberi kerugian dan merenggangkan hubungan antara satu sama lain di dalam parti.

“Sekarang ini, parti adalah prioriti dalam kita menghadapi saat sukar ini bagi kita menghadapi PRU15. Yang penting adalah kemenangan untuk kita menegakkan keadilan kepada sesiapapun untuk masa depan di negara kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat