Kalau Setakat Azmin Ali, Saya Sanggup Lawan Dia Di Gombak – Abdullah Sani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid bersedia untuk bertanding kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU) akan datang.

Jika pimpinan PKR memutuskan saya untuk bertanding di Gombak saya bersedia kesana.

“Saya bersedia (untuk bertanding) di mana-mana, kata beliau.

“Kalau (PKR) suruh saya pergi (bertanding) di Gombak, saya pergi. Kalau di (Parlimen) Ampang pun saya pergi. Tidak kira,” katanya kepada Portal MalaysiaGazette, hari ini.

Saya sedia kehadapan untuk menumbangkan pengkhianat yang mengkhinati mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU-14 lepas, kata Abdullah Sani lagi.

“Pengkhianat-pengkhinat ini pasti tumbang, beliau secara peribadi bersedia untuk bertanding di Parlimen Gombak kalau itu yang diputuskan oleh parti, ujarnya lagi.

“Kalau setakat Azmin Ali, saya sanggup lawan dia.

Sebelum ini, Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, Nor Hizwan Ahmad berkata PKR perlu berhenti memasang impian untuk menang kerusi Parlimen Ampang dan Gombak pada PRU15 akan datang.

Minggu lalu, pembantu kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata Azmin akan terus mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang walaupun berdepan kemarahan pengundi.

Malah beliau berkata, Azmin yakin untuk memenangi hati pengundi yang meluahkan kekecewaan mereka selepas beliau keluar daripada PKR dan menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari lalu.

Peluang untuk Azmin bertanding bagi tiket Perikatan Nasional juga belum pasti apabila Ketua UMNO Gombak, Megat Zulkarnain Omardin berkata mana-mana calon di Gombak, sama ada untuk kerusi Parlimen mahupun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu mendapat persetujuan UMNO dan Pas terlebih dahulu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,282FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat