Fitnah Skuad Sabil, Laporan Polis Terhadap Pemuda Warisan

- Advertisement -

TENOM: Satu laporan polis telah dibuat terhadap tuduhan Pemuda Parti Warisan yang mendakwa Skuad Sabil Pemuda UMNO Malaysia bakal mencetuskan peperangan dan memainkan sentimen agama.

Pengerusi Skuad Sabil Tenom Herry J Kulipo berkata, tuduhan oleh pemuda Warisan kepada Skuad Sabil adalah sesuatu yang sangat serius.

“Menuduh Skuad Sabil akan memainkan isu agama dan mengatakan peperangan akan berlaku adalah satu fitnah kepada kami, kata Herry.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajidi berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh Pemuda Warisan kepada skuad sabil adalah satu propaganda jahat untuk memburukkan Pergerakan Pemuda UMNO.

“Pengerusi Skuad Sabil Tenom juga ahli Pemuda daripada Bumiputera Bukan Islam beragama Kristian, jelas Asyraf lagi.

“Untuk makluman sebelah beliau yang tidak beruniform ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenom Bobby Balang juga seorang Kristian. Jadi siapa sebenarnya yang bermain dengan isu agama, ujar Asyraf.

Terdahulu, Peguam Muhammad Abdul Karim telah membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu berkenaan Skuad Sabil.

Muhammad telah mengatakan Skuad Sabil yang dibentuk oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) akan memainkan isu agama ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.

Beliau telah mengaitkan maksud “Sabil” dengan peperangan menegakkan agama dan lazimnya merujuk kepada perang sabil antara Islam dan Kristian serta agama-agama lain.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat