Covid-19: Lelaki Hong Kong Jadi Kes Pertama Dijangkiti Sebanyak 2 Kali

- Advertisement -

HONG KONG: Seorang lelaki berusia 33 tahun yang tinggal di Hong Kong telah dijangkiti Covid-19 sebanyak dua kali padatahun ini sahaja, menurut satu penyelidikan awal.

Dia didapati mengalami gejala pada jangkitan pertama, tetapi tidak ada sebarang bgejala yang jelas pada jangkitan kali kedua, menurut laporan pasukan dari Universiti Hong Kong pada hari Isnin.

Kajian awal – yang mana menurut Universiti Hong Kong telah diterima untuk diterbitkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases – mendapati bahawa jangkitan kedua Covid-19 lelaki berkenaan, berlaku 142 hari selepas jangkitan yang pertama.

Semasa jangkitan kali pertama penyakitnya, pesakit mengalami batuk, sakit tekak, demam dan sakit kepala selama tiga hari, menurut kajian itu.

Dia didapati positif untuk Covid-19 pada 26 Mac. Kemudian semasa episod keduanya, pesakit itu kembali ke Hong Kong dari melakukan perjalanan di Sepanyol melalui United Kingdom, dan dia positif ketika menjalani pemeriksaan masuk di lapangan terbang Hong Kong pada 15 Ogos, kata para penyelidik. Lelaki itu dimasukkan ke hospital lagi tetapi tidak mengalami gejala.

“Pesakit dijangkiti semula 4.5 bulan setelah jangkitan pertama. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa bagi pesakit ini, kekebalan yang disebabkan oleh jangkitan pertama, adalah tidak lama,” Dr. Kelvin Kai-Wang To dari Universiti Hong Kong, yang mengusahakan kajian itu dalam e-mel kepada CNN.

Untuk kajian itu, para penyelidik di universiti dan pelbagai hospital di Hong Kong menganalisis spesimen yang dikumpulkan dari pesakit 10 hari selepas gejala-gejalanya muncul pada episod pertama dan kemudian satu hari setelah dimasukkan ke hospital untuk kes jangkitan kedua.

Analisis genetik menunjukkan bahawa jangkitan pertama adalah dari strain coronavirus yang paling berkaitan dengan strain dari Amerika Syarikat atau Inggeris, dan jangkitan kedua paling banyak berkaitan dengan strain dari Switzerland dan England – CNN

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat