Resorts World Genting (RWG) bakal menganjurkan sebuah malam penuh nostalgia dan kemeriahan sempena sambutan Jubli Intan ke-60 dengan persembahan eksklusif daripada penyanyi lagenda dunia, Richard Marx, pada Sabtu, 16 Ogos 2025, bermula jam 9 malam di Arena of Stars.
Konsert istimewa ini dijangka menjadi antara acara kemuncak dalam sambutan ulang tahun ke-60 RWG, menyatukan elemen warisan muzik, kenangan manis serta hiburan berkualiti tinggi dalam satu malam yang pastinya sukar dilupakan. Dengan tema “Sambutan Jubli Intan ke-60 Penuh Kenangan”, RWG memilih untuk menghadiahkan para pengunjung dengan persembahan istimewa daripada seorang ikon muzik yang telah mencorakkan industri muzik antarabangsa sejak lebih tiga dekad lalu.
Richard Marx bukan nama asing dalam dunia muzik antarabangsa. Dikenali dengan vokalnya yang lunak dan kehebatan dalam penulisan lagu, beliau merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan penerbit muzik yang telah menjual lebih 30 juta album di seluruh dunia. Kerjayanya yang menjangkau lebih daripada 35 tahun telah menyaksikan pelbagai kejayaan termasuk memenangi Anugerah Grammy, serta melahirkan lagu-lagu hits yang masih segar di ingatan peminat sehingga ke hari ini.
Lagu-lagu seperti “Right Here Waiting”, “Now and Forever” dan “Endless Summer Nights” telah menjadi runut bunyi kepada pelbagai kenangan dan perasaan bagi ramai peminat di seluruh dunia. Pada malam 16 Ogos ini, Richard Marx akan membawa para penonton menyusuri lorong-lorong nostalgia, menghidupkan kembali momen-momen istimewa menerusi lagu-lagu malar segarnya.
Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi sebuah perjalanan emosi merentas generasi. Ia merupakan satu penghormatan kepada bukan sahaja karier gemilang Richard Marx, tetapi juga kepada jutaan kenangan yang telah tercipta di Resorts World Genting sepanjang 60 tahun penubuhannya.
Peminat lama yang membesar dengan muziknya serta generasi baharu yang ingin merasai sendiri magis persembahan seorang legenda, pasti tidak mahu melepaskan peluang ini. Dengan kehadiran Richard Marx secara langsung di pentas Arena of Stars, penonton dijanjikan malam yang penuh getaran emosi, irama menyentuh jiwa, serta persembahan yang memukau dan bertenaga.
Tiket untuk konsert ini ditawarkan pada harga berikut:
- RM1,188 (VIP)
- RM888 (PS1)
- RM768 (PS2)
- RM588 (PS3)
- RM368 (PS4)
Tiket pra-jualan khas untuk ahli Genting Rewards Card (GRC) Gold dan ke atas serta pemegang kad VISA akan mula dijual bermula 4 Jun 2025, jam 12 tengah hari. Jualan umum pula akan dibuka kepada semua pada 9 Jun 2025, jam 12 tengah hari.
Semasa tempoh pra-jualan, ahli GRC layak menikmati diskaun 15% untuk tiket VIP hingga PS3. Namun begitu, setiap transaksi hanya boleh menggunakan satu jenis diskaun sahaja, sama ada diskaun ahli GRC atau diskaun pemegang kad VISA. Semua pembelian hanya boleh dilakukan secara dalam talian.
Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut, sila layari: www.rwgenting.com
Peraduan Istimewa: Menangi Tiket ke Konsert Richard Marx!
Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, RWG turut menganjurkan satu peraduan khas yang membolehkan peminat bertuah memenangi tiket ke konsert tersebut! Berikut adalah langkah-langkah penyertaan:
Cara Menyertai Peraduan:
- Lengkapkan maklumat peribadi anda.
- Jawab dua soalan kuiz mudah mengenai Richard Marx.
- Cipta satu slogan kreatif (tidak melebihi 30 patah perkataan) mengenai mengapa anda ingin menghadiri konsert ini.
Borang Penyertaan & Soalan Kuiz:
Maklumat Peribadi:
Nama penuh: ___________________________
No Kad Pengenalan: _____________________
No Telefon: __________________________
Alamat E-mel: __________________________
Alamat Rumah: __________________________
Soalan Kuiz:
- Konsert “Richard Marx” ini diadakan untuk meraikan sambutan jubli intan RWG yang ke berapa tahun?
Jawapan: __________________ - Namakan satu tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Richard Marx.
Jawapan: __________________
Slogan (maksimum 30 patah perkataan):
Saya ingin ke konsert Richard Marx kerana… ____________________________________________
Tarikh tutup penyertaan: 2 Ogos 2025
Hantar penyertaan anda ke: [email protected]
Konsert ini dijangka menjadi satu malam yang penuh makna, merapatkan hubungan antara generasi dengan irama klasik dan kontemporari, serta menjadi satu lagi detik bersejarah dalam catatan perjalanan Resorts World Genting. Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada malam penuh kenangan bersama Richard Marx!
#RichardMarxLiveInGenting #RWG60Tahun #JubliIntanRWG



