Anwar arah KKM isi segera 4,000 doktor kerajaan, permudah birokrasi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya mempermudahkan proses birokrasi bagi menyegerakan pengisian lebih 4,000 perjawatan doktor kerajaan, termasuk pegawai perubatan lantikan kontrak.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkat,a perkara itu disuarakan Perdana Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikannya hari ini.

“Perdana Menteri membangkitkan isu pengisian 4,000 perjawatan doktor yang belum lagi diisi dan ini disampaikan hari ini kepada anggota Jemaah Menteri khususnya Menteri Kesihatan.

“Perdana Menteri meminta supaya proses birokrasi yang mungkin dilihat sebagai melewatkan ini dipercepat,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada lapor BH Jumaat.

Anwar sebelum ini mengumumkan lebih 4,000 jawatan untuk doktor kerajaan, termasuk pegawai perubatan lantikan kontrak, akan disediakan tahun ini.

Dalam pengumuman khas yang disiarkan secara langsung di televisyen, Perdana Menteri menekankan keperluan mendesak terhadap doktor dalam sektor penjagaan kesihatan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, KKM pada mulanya menjangkakan semua jawatan terbabit dapat diisi menjelang November ini.

Katanya, Perdana Menteri bagaimanapun berpandangan tempoh terbabit terlalu lewat dan mahu supaya proses pengisian jawatan itu dipercepatkan.

“Jika ikutkan Perdana Menteri, kalau boleh semalam dah siap tetapi ada sedikit proses, cuma Perdana Menteri minta memandangkan ada keperluan yang mendesak untuk mengisi 4,000 kekosongan, bukan satu jumlah yang kecil, maka perlu dipercepat.

“Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad) sudah memberikan komitmen bahawa proses ini akan diringkaskan tanpa menjejaskan dari segi prosedurnya dan akan dipercepat (pengisian jawatan),” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat