Setiap Calon Pemuda Umno Yang Menang Dinilai Dengan KPI – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) ke atas calon sayap itu yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata KPI terbabit akan dinilai secara berkala berdasarkan tinjauan sentimen rakyat di kawasan DUN yang dimenangi mengenai pencapaian perkhidmatan mereka tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pemimpin berkenaan.

Katanya, mana-mana ADUN dalam kalangan Pemuda Umno yang tidak menepati KPI akan dipanggil dan diberikan amaran sebelum disusuli dengan tindakan.

“Saya amat tegas dalam perkara ini. Pemimpin yang dipilih mestilah membawa suara rakyat, bukan hanya (membawa) suara pemimpin atasan.

“Sebelum kita mahu digelar Yang Berhormat, perkara wajib adalah mesti menjadi `Yang Berkhidmat’ terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa lapor BH.

Seramai 13 pemimpin Pemuda Umno terpilih sebagai calon PRN di enam negeri yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).

Mereka adalah Ahmad Zaki Shah Shah Headan di DUN Teluk Bahang, Pulau Pinang diikuti Zuhairi Zakaria (DUN Gual, Ipoh); Mohd Rosdi Razali (DUN Kalaboran); Mohamad Husain (DUN Salor); Muhamad Yamin Anuar Mat Zin (DUN Kuala Balah); Mohd Aliff Nasrol Mat Nasin (DUN Gaal) dan Muhammad Fakhran Che Jusoh (DUN Pulau Chondong) masing-masing di Kelantan.

Selain itu, Mohd Rozaini Mohd Rasli (DUN Jerteh); Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof (DUN Kemasik) dan Ahmad Abdullah Abd Wahab (DUN Paka) di Terengganu; Datuk Mohd Imran Tamrin (DUN Sungai Panjang) dan Mohd Al-Hafizi Abu Bakar (DUN Sijangkang) di Selangor serta Suhaizan Bizar (DUN Gemenceh, Negeri Sembilan).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat