Keputusan PRN Penentu Usaha Keluarkan Kelantan, Terengganu Dan Kedah Dari Kelompok Negeri Miskin – Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pilihan raya enam negeri pada 12 Ogos ini akan menentukan sama ada kita akan dapat mulakan usaha untuk mengangkat Kelantan, Terengganu, dan Kedah dari kedudukan mereka di dalam kalangan negeri-negeri termiskin untuk menjadi di antara negeri-negeri maju dalam Malaysia.

Hal ini supaya negara kita dapat bangkit semula dan menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia yang mencapai lebih dari apa yang dijangkakan dunia darinya.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, pilihan raya enam negeri pada 12 Ogos akan menentukan sama ada Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan mahu merosot menjadi seperti Kelantan, Terengganu, dan Kedah atau sama ada Kelantan, Terengganu, dan Kedah yang mahu menjadi maju dan makmur seperti Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan.

“Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, telah mengatakan bahawa tidak adil untuk membandingkan pembangunan di Kelantan dengan Selangor dan Pulau Pinang kerana Kelantan sepatutnya dibandingkan dari segi pembangunan dengan Negeri Sembilan atau pun Pahang.

“Tetapi, apabila dibandingkan dengan Negeri Sembilan dan Pahang sekali pun, jurang di antara KDNK per kapita di Kelantan berbanding dengan Negeri Sembilan dan Pahang kedua-duanya semakin meluas dan bukannya semakin merapat dalam enam dekad yang lepas sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957.

“Untuk Selangor, yang mencatatkan KDNK per kapita sebanyak RM59,908, ia adalah 3.6 kali ganda lebih tinggi berbanding Kelantan, yang mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM16,567, kadar terendah dalam negeri, lebih rendah berbanding Perlis dengan RM23,126, Kedah dengan RM25,957, atau Terengganu dengan RM32,199.

“KDNK per kapita Pulau Pinang berada pada paras RM69,886, 4.2 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan Kelantan. KDNK per kapita 2022 untuk Negeri Sembilan adalah RM49,804 dan Pahang pula RM47,177,” kata Kit Siang dalam kenyataan pada Selasa.

Semalam, Mohd Amar Nik mengakui pembangunan Kelantan ketinggalan berbanding Kuala Lumpur (KL), Selangor dan Pulau Pinang.

Justeru, Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, jika hendak banding pembangunan, ia perlu dibandingkan dengan negeri lain contohnya, Pahang dan Negeri Sembilan.

“KL, Selangor dan Pulau Pinang kalau kita kata main bola, dia liga berlainan kerana dia ‘liga super’, negeri lain dia ada liga lain.

“Sepatutnya Kelantan ini dibandingkan, contohnya Pahang dan Negeri Sembilan. Kalau kita banding dengan Selangor, KL dan Pulau Pinang semua negeri ketinggalan.

“Kita kena faham, KL adalah ibu negara, Selangor pula dekat dengan ibu negara dan Pulau Pinang sudah lama maju. Negeri ini sudah ada kemudahan infrastruktur termasuk pelabuhan, jalan raya yang baik dan lebuh raya,” katanya menerusi siaran langsung diskusi, Kelantan maju 2028.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pelbagai pihak yang mendakwa Kelantan yang diperintah oleh PAS selama 33 tahun tidak maju kerana kurang pembangunan berbanding KL, Selangor dan Pulau Pinang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat