Dua Lelaki Ditahan Berkaitan Siasatan Bekalan Mangsa Banjir – SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki kerana disyaki terbabit dalam pembekalan barangan keperluan mangsa banjir yang membabitkan nilai projek berjumlah kira-kira RM900,000.

Kedua-duanya yang berusia 30an ditahan kira-kira jam 2.30 petang tadi di pejabat SPRM Selangor ketika diminta hadir untuk memberi keterangan.

Difahamkan, suspek pertama ialah bekas pengurus operasi sebuah yayasan dan didakwa menyalahgunakan jawatannya untuk mengesyorkan syarikat milik suspek kedua yang mempunyai hubungan persaudaraan dengannya.

Ia adalah bagi membekalkan barangan keperluan mangsa banjir pada tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Katanya, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada jam 9 pagi, esok untuk tujuan permohonan reman. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat