Kemasukan Pesakit Covid-19 Ke Hospital Awam Catat Peningkatan – Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 18.3 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit kategori satu dan dua meningkat sebanyak 12.5 peratus, manakala pesakit kategori tiga, empat dan lima, meningkat sebanyak 25 peratus.

Katanya, peratus pengisian katil fasiliti Covid-19 meningkat pada minggu epidemiologi ke-29 tahun 2022 (ME29/2022) berbanding ME 28/2022.

“Katil bukan kritikal meningkat sebanyak tiga peratus; katil unit rawatan rapi (ICU), meningkat sebanyak satu peratus dan Katil Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), meningkat sebanyak dua peratus.

“Peratusan pesakit Covid-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.1 peratus pada ME 29/2022 berbanding ME 28/2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, kes positif yang dipantau Pusat Penilaian Covis-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan peningkatan.

“Berdasarkan perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 28/2022 dan ME 29/2022, bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 28 peratus.

“Bagi bilangan kes Covid-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 26.9 peratus serta bilangan kes Covid-19 yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital meningkat sebanyak 16.1 peratus,” katanya.

Terdahulu, Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,720 kes berbanding kelmarin, 4,816 kes sekali gus diatasi 4,012 kes sembuh.

Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 989 kes diikuti Perak (253), Kuala Lumpur (240), Pulau Pinang (236), Sabah (226), Negeri Sembilan (215), Melaka (131), Johor (111), Kedah (101) dan Putrajaya (55).

Diikuti Kelantan (49), Sarawak (41), Terengganu (24), Pahang (38), Perlis (6) dan Labuan, lima kes. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,589FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat