Arab Saudi Salur Bantuan Covid-19 Kepada Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam catatan di media sosial memaklumkan Raja Salman menitahkan King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action segera menyalurkan sumbangan bantuan Covid-19 kepada Malaysia.

“Saya baru sahaja berhubung dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Duli Yang Amat Mulia Mohammad bin Salman.

“Setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Putera Mahkota memakluman kepada saya bahawa;

“Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman sendiri telah menitahkan supaya King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan demi membantu Malaysia menangani cabaran pandemik COVID19,” ujar Hishammuddin.

Menurut beliau ini satu penghormatan besar dan benar-benar melambangkan ketulusan Kerajaan Arab Saudi dalam menjalinkan persahabatan dengan Malaysia.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, menjunjung kasih buat Baginda Raja Salman, Putera Mahkota Mohammad bin Salman dan Kerajaan Arab Saudi atas kebaikan serta keprihatinan yang sangat mendalam ini.

“InsyaAllah, saya akan terus bekerjasama rapat dengan Putera Mahkota bagi memperincikan bentuk keperluan terkini yang negara perlukan sekaligus memastikan Titah Baginda Raja Salman ini berjalan lancar,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat