Video: Orang Asli Ucap Terima Kasih Pada ‘Batin Besar’ Kerana Tunai Janji

- Advertisement -

Sembrong – Masyarakat orang asli di Pengkalan Tereh mengucapkan jutaan penghargaan terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana mengotakan janjinya untuk menurap jalan di kampung tersebut.

“Bagi kami orang Asli di Pengkalan Tereh mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan terutama sekali ‘Batin Besar’ saya yang berusaha bersungguh-sungguh memajukan orang asli. Saya tak tahu nak cakap apa dah sebab terlalu gembira,” ujar Tok Batin.

Sementara itu Hishammuddin ketika meninjau projek pembangunan di kampung tersebut, berpuas hati apabila penurapan jalan sejauh 6.5 kilometer telah hampir selesai.

“Ini janji saya kepada masyarakat orang Asli di Pengkalan Tereh Sembrong P153 sebelum ini. Dulu, jalan ni jalan tanah merah je.

“Alhamdulillah, tadi saya buat tinjauan, projek turap jalan ni sejauh 6.5 kilometer hampir siap sepenuhnya. Terima kasih Kerajaan Negeri Johor, Infra Desa Johor dan semua pihak yang banyak bantu!,” ujarnya.

Ahli parlimen Semberong itu turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan penduduk orang asli di kampung tersebut.

“Best lepak kat Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh Sembrong P153 tadi. Suasana tenang, tua muda semua mesra dan peramah, aktiviti pun macam-macam. Siap suruh saya test rokok daun ni.

“Not bad! Ada lebih tak? Terima kasih Tok Batin dan semua yang bersama saya petang tadi. InsyaAllah, nanti saya datang lagi,” tulisnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat