Lebih 7 Jam Disoal Siasat, SPRM Arah Guan Eng Hadir Semula Esok

- Advertisement -

Putrajaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng hadir semula esok untuk sambung keterangan.

“Assalamualaikum & Salam sejahtera, utk makluman, YB Lim Guan Eng akan dipanggil semula esok (26 Julai) ke Ibu Pejabat SPRM pada pukul 11 pagi untuk siasatan kes terowong. Sekian, terima kasih,” memetik pesanan ringkas yang diterima SuaraTV sebentar tadi.

Terdahulu Setiausaha agung DAP itu dilihat keluar meninggalkan bangunan SPRM pada jam 7.50 malam sambil ditemani peguamnya RSN Rayer.

Bagaimanapun setelah disoal siasat hampir 7 jam, beliau enggan memberi sebarang komen di walaupun ditanya berulang kali oleh pemberita yang menunggu di lobi utama sejak pagi tadi.

Guan Eng tiba di ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan kali ke-2 jam 12.35 tengah hari tadi berhubung siasatan skandal projek pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.

“Beliau sepatutnya beri keterangan 10 pagi tadi, tetapi lewat sampai sebab kami difahamkan kenderaan dinaiki ada masalah ketika dalam perjalanan,” kata seorang pegawai SPRM kepada media.

Sekitar jam 9.30 pagi, Guan Eng memuat naik gambar menunjukkan tayar keretanya pancit di Lebuhraya Utara-Selatan.

Rabu lalu, beliau memberi keterangan selama 6 jam kepada SPRM terhadap kes yang sama.

Sebelum ini, beberapa pemimpin kerajaan Pulau Pinang dan bekas pemimpin dipanggil SPRM bagi membantu siasatan projek itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilaporkan berkata, siasatan ke atas projek itu berkaitan dakwaan pengubahan wang dan dijangka selesai dalam 2 hingga 3 minggu.

Katanya, tanggapan kes itu sudah ditutup tidak betul kerana siasatan berterusan sejak 2017.

Beliau berkata, SPRM sudah mengambil keterangan 32 orang sehingga kini dan mahu menemubual 10 hingga 15 individu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat