Jakel Trading Dapat Balik RM10 Juta Disita SPRM

Penjara Sungai Udang Jadi Hospital Sementara Banduan Positif Covid-19

MELAKA - Sebuah hospital sementara akan dibuka di Penjara Sungai Udang di sini, sebagai persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) dalam kalangan...

1,000 Pesakit Covid Pulih Hari Ini, 659 Kes Baru Direkodkan – KKM

PUTRAJAYA - Malaysia mencatatkan sebanyak 1,000 kes pulih sepenuhnya COVID-19 pada 31 Oktober menjadikan ia jumlah terbesar sejak pandemik ini melanda negara. Menurut Ketua Pengarah...

Muhyiddin Jangan Persoal Keputusan Agong, Kata Supol Kit Siang

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang membidas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan sebagai cuba mempersoalkan titah Yang di-Pertuan...

Ekonomi Tempatan Dapat Impak Positif Jika Rakyat Dibenar Guna KWSP – Najib

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memilih melaksanakan pengeluaran caruman dari Akaun 1 secara one-off atau ansuran dalam tempoh tiga hingga...

PM dikecam, enggan pertimbang pengeluaran KWSP

Kuala Lumpur - Laman Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin dihujani ribuan kecaman netizen yang marah dengan keputusan Perdana Menteri enggan menimbangkan cadangan pengeluaran caruman...

Kuala Lumpur – Kerajaan pada Jumaat gagal menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak ke atas wang berjumlah RM10,747,042.77 yang disita daripada Jakel Trading yang didakwa berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menangguhkan keputusan mahkamah pada 3 Mac lalu yang menolak permohonan melucut hak wang tersebut terhadap pembekal borong tekstil itu.

Pada 17 Mac lalu, SPRM memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan itu dan menghalang wang tersebut dikembalikan kepada responden sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Permohonan itu kemudian dijadualkan untuk didengar semalam.

Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata pihak pendakwa gagal menunjukkan situasi khas untuk mewajarkan mahkamah membenarkan penangguhkan keputusan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Farah Yasmin Salleh, berkata wang tersebut tidak harus dikembalikan kerana semuanya akan dibelanjakan oleh responden.

“Kami tidak mempunyai jaminan untuk mendapatkan wang itu jika kes ini berjaya di Mahkamah Rayuan,” katanya.

Peguam Thevini Nayagam, yang bertindak untuk syarikat itu, berkata syarikat itu memperoleh pendapatan tahunan berjumlah ratusan jutaan ringgit dan mempunyai keupayaan untuk membayar balik wang tersebut jika pendakwa berjaya dalam rayuan mereka.

Ketika ditemui Bernama selepas prosiding itu, Thevini berkata pihaknya akan segera menghubungi Maybank untuk meminta pelepasan sejumlah RM10 juta kerana lebih dua tahun akaun syarikat itu dibekukan.

Pada Jun tahun lalu, SPRM memfailkan permohonan melucutkan hak sivil terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 1MDB.

SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – Bernama

Kredit foto: Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Yang Di-Pertuan Agong Tolak Cadangan Darurat

Kuala Lumpur – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk...

Pentingnya Peranan Raja Lindungi Negara Dari Orang Tamak, Gila Kuasa – TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor berharap kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara serta melindungi daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilai kuasa...

Berita Berkaitan