Negara kini berdepan perang pemikiran, usaha anasir kuasai minda rakyat – Khaled

KUALA LUMPUR- Ancaman keselamatan masa kini bukan sekadar kekuatan ketenteraan semata-mata, malah turut merangkumi peperangan kognitif atau anasir yang mempengaruhi pemikiran dan persepsi rakyat.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rakyat kini menjadi antara sasaran mudah kerana kestabilan negara boleh terjejas sekiranya masyarakat berpecah dan dipengaruhi.

“Sekarang kita ada apa yang dipanggil sebagai Peperangan Kognitif atau Cognitive Warfare, yang mana peperangan ini ialah untuk menguasai minda rakyat negara.

“Kalau nak diancam, yang paling utama rakyat berpecah-belah, senanglah nak ancam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) pada Khamis.

Katanya, dalam era peperangan hibrid, rakyat perlu memahami bahawa pertahanan negara bukan hanya terletak di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), malah sokongan seluruh rakyat bagi membina daya tahan nasional.

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan bahawa Malaysia kekal berpegang kepada prinsip bahawa keamanan perlu dicapai melalui dialog, perbincangan dan diplomasi, bukannya melalui kekuatan senjata semata-mata, lapor Buletin TV3.

Terdahulu, Khaled berkata, PSPN 2026-2030 dan RTKP dirangka khusus untuk menghadapi ancaman keselamatan baharu yang semakin kompleks.

Ujarnya, PSPN yang mengandungi tujuh teras strategik itu dibangunkan hasil Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan yang menilai semula cabaran keselamatan semasa dan keperluan pertahanan negara menjelang 2030.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat