Gamers Gig Expo Berjaya Tarik Kehadiran Lebih 5,000 Peminat e-Sukan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dianggarkan lebih 5,000 peminat e-Sukan hadir pada acara “Gamers Gig Expo (GG Expo)” E-Sukan anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam yang berlangsung di Homebois Pitstop, Petaling Jaya hari ini dan semalam.

Dalam kenyataannya kepada media, UiTM berkata acara itu merupakan hasil projek akhir yang dianjurkan oleh Empyrean iaitu sebuah kumpulan pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Majlis, Fakulti Pengurusan Perniagaan di bawah seliaan Dr. Masrur Mohd. Khir dan Nor Azzura Nordin.

“Acara ini disertai 72 kumpulan terdiri daripada penyertaan pelajar UiTM, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta lain, serta peminat-peminat e-Sukan dari kalangan orang awam yang berminat dalam dunia e-Sukan.

“GG Expo akan terus membantu membangunkan industri e-sukan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara tumpuan aktiviti sukan berasaskan permainan video itu.

“Selain itu, ia bertujuan memberi pendedahan mengenai industri e-Sukan yang mampu memberi impak ekonomi besar,” katanya.

Turut hadir merasmikan penutup acara itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.

Menurut kenyataan itu lagi, kejohanan yang pertama kali dianjurkan ini juga menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM15,000 bagi Mobile Legend : Bang Bang dan PUBG.

“Selain itu, program dua hari ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya pertandingan e-Sukan untuk Mobile Legends dan PUBG, sesi GGTalk yang membangkitkan pemikiran, pameran daripada organisasi yang mempunyai hubungan langsung dan tidak langsung dengan dunia e-Sukan, dan banyak lagi,” ujarnya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat