Anggota TUDM Maut Dalam Insiden Latihan Menembak

- Advertisement -

SEREMBAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini mengesahkan berlaku satu insiden kejadian kemalangan melibatkan tiga orang anggota TUDM di Kem Syed Sirajuddin, Gemas di sini.

Markas Tentera Udara menerusi kenyataaan kepada pemberita memaklumkan, insiden melibatkan anggota TUDM yang sedang menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar Penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23 yang berlaku di Tapak Latihan Grenade Asas, di lapang sasar kem berkenaan.

“Kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 12.10 tengah hari mengakibatkan seorang penuntut meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dua orang jurulatih mengalami kecederaan diberikan rawatan awal di Hospital Tentera Darat Gemas dan telah dirujuk ke Hospital Segamat.

“Pihak TUDM telah menghubungi waris anggota TUDM yang terlibat dan menyerahkan kes kejadian kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

“TUDM seterusnya akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, pihak TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan dijalankan oleh pihak PDRM selesai dan menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat