TEKUN Sedia Bantuan Untuk Golongan ‘Rider’ Terjejas Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Setelah golongan pemandu ehailing dan teksi dibantu, kerajaan turut tidak meninggalkan golongan ‘rider’ penghantaran bungkusan dan makanan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 melalui program TEKUN Mobileprenuer.

Bantuan dalam bentuk pembiayaan khas sehingga RM 2,000 seorang untuk tujuan pembaikan motorsikal dan modal pusingan ini telah dilancarkan sejak April dengan 211 ‘Rider’ telah memohon melibatkan peruntukan mencecah RM 400 ribu.

Berikut adalah kenyataan media dari Menteri bertanggungjawab, Datuk Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

TEKUN NASIONAL mengambil langkah proaktif dalam membantu rider yang terjejas daripada kesan ekonomi akibat pandemik koronavirus (Covid-19) dengan menawarkan bantuan melalui program TEKUN Mobilepreneur.

Melalui pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 1.0, TEKUN telah menawarkan pembiayaan khas sehingga RM2,000 untuk modal pusingan dan baikpulih motorsikal (Interest Free) yang telah dilaksanakan sejak April 2020 sehingga kini (23hb Jun 2020). Program ini diperuntukan untuk 500 pemohon (Rider) terawal di mana seramai 211 pemohon dengan nilai RM394,000 yang telah diluluskan permohonan sehingga 23hb Jun 2020.

Tawaran ini dibuka kepada semua ‘Riders Berdaftar’ melalui syarikat ‘e-hailing’ seperti Grab, Foodpanda, Bungkusit, Lalamove, MyMakan, Zeptoekpress dan Mrspeedy.

TEKUN juga akan melancarkan Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 di mana program ini meliputi pembiayaan maksima sehingga RM10,000 bagi pembelian motosikal baru dan modal pusingan. Pemohon juga perlu berdaftar dengan syarikat E-Hailing dan melepasi syarat – syarat yang telah ditetapkan. Program yang akan dilancarkan pada 7hb Julai 2020 ini adalah salah satu daripada usaha kerajaan dengan menggunakan dana PENJANA.

Namun, peruntukan awal sebanyak RM1 juta telah disediakan bagi 100 pemohon awal. Tambahan 400 pemohon dengan peruntukan sebanyak RM 4 juta akan dimaklumkan.

Program ini diharap dapat membantu rider mengekalkan kesinambungan ekonomi masing-masing dan dapat melonjakkan semula ekonomi negara sepanjang tempoh yang mencabar semasa Covid-19.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web TEKUN NASIONAL di www.tekun.gov.my untuk bantuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat