MAIWP lancar aplikasi jejak, bantu asnaf

MoJA yang dilengkapi sistem pengesanan lokasi GPS membolehkan orang awam membantu Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP mengesan dan melaporkan asnaf yang memerlukan bantuan di Wilayah Persekutuan.

Aplikasi mudah alih itu dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada satu majlis di sini, hari ini.

PENOLONG Pengawai Hal Ehwal Islam Bahagian Baitulmal MAIWP Siti Aishah Albasri menunjukkan aplikasi MOJA. FOTO Bernama
PENOLONG Pengawai Hal Ehwal Islam Bahagian Baitulmal MAIWP Siti Aishah Albasri menunjukkan aplikasi MOJA. FOTO Bernama

Zulkifli berkata MoJA akan memudahkan skuad jejak asnaf turun padang dan terus ke lokasi dilaporkan.

“Orang awam akan lebih mudah untuk melaporkan tentang asnaf dan mereka yang memerlukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Pengadu juga boleh mengambil gambar dan memuat naik gambar itu menerusi aplikasi ini untuk memudahkan lagi rujukan skuad jejak asnaf,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran MoJA.

Aplikasi itu akan menjadi medium tambahan kepada orang awam untuk berhubung dengan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal berbanding sebelum ini menerusi talian bebas tol, talian hotline dan media sosial.

Orang ramai khususnya di Wilayah Persekutuan boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play Store dan Apple Apps Store.

Pada majlis sama, Zulkifli turut menyampaikan dana zakat MAIWP bernilai RM1.59 kepada 46 insitusi yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), pusat tahfiz dan rumah kebajikan.

HMetro 

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

DAP usul kerajaan gagal, serah kebijaksanaan Agong menilai

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan usul kerajaan gagal menangani Covid-19 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Berita Berkaitan

Sokong bisnes rakan artis

DI saat ramai selebriti mula mencari sumber pendapatan alternatif dengan terjun ke dalam bidang perniagaan, penyanyi dan pengacara, Neeta Manishaa belum memiliki minat untuk...

Lesti terima lamaran Rizky Billar

Bandung: Penyanyi dangdut, Lesti Kejora menerima lamaran kekasihnya yang juga pelakon, Rizky Billar dalam satu majlis lamaran yang berlangsung semalam. Dalam majlis yang disiarkan secara...

Penerbit masih berdepan isu bayaran rendah, lambat

KUALA LUMPUR: Kegusaran golongan penerbit terhadap kesan penularan pandemik COVID-19 semakin dirasai. Bukan sahaja terpaksa menghadapi situasi penggambaran berkali-kali tergendala berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan...