ADUN Kuamut Nafi Keluar Warisan, Mahu Pertahan Shafie Hingga Tidak Bermaya

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, menafikan andaian dirinya bakal keluar daripada parti kerajaan pemerintah Sabah.

Jelasnya yang juga ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, dia akan sehabis mungkin untuk mempertahankan Presiden parti, selaras dengan prinsip selaku wakil rakyat bermaruah.

“Kalau ada andaian pun, kita masih bersama-sama Warisan.

“Sebab kita sebenarnya masing-masing ada prinsip, prinsip kita ialah kita akan mempertahankan ketua kita sehingga dia tidak bermaya,” katanya.

Menurut Masiung yang juga bekas ADUN BN atas tiket UPKO pada Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) dahulu, perkara berkenaan telah dibuktikannya dalam kemelut pentadbiran terdahulu.

Masiung merupakan ADUN UPKO terakhir yang meninggalkan bekas ketua menteri sebelumnya, Tan Sri Musa Aman sebelum menyertai parti pemerintah.

“Itu prinsip kita dan perkara ini itu juga kita buat sama ketua menteri sebelum ini, orang UPKO terakhir meninggalkan Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri adalah saya.

“Kerana prinsip kita, kita akan pertahankan ketua kita sehingga dia tidak bermaya,” katanya.

Masiung berkata demikian selepas ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, pada Khamis.

Terdahulu, dia membuat laporan polis selepas insiden kediamannya di kawasan Kepayan, Kota Kinabalu didatangi sekumpulan individu tidak dikenali baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai insiden terbabit berkait rapat dengan senario politik semasa, Masiung enggan memberikan sebarang komen kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan polis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat