Sagu Hati AKSB Diluluskan Ahli Lembaga Pengarah, Ikut Prosedur Kewangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemberian sagu hati Aidilfitri Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kepada kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarah mengikut prosedur tadbir urus kewangan.

AKSB dalam kenyataan juga menjelasakan pemberian sagu hati berkenaan juga bertujuan membantu meringankan beban warga syarikat menyambut hari raya.

“Malah ia (sagu hati) dilulus oleh Lembaga Pengarah iaitu badan tertinggi sesebuah syarikat. AKSB ialah sebuah syarikat Sdn Bhd.

“Amalan memberi saguhati Aidilfitri kepada Ahli Lembaga Pengarah syarikat dan kepada kakitangan syarikat adalah amalan biasa sebuah syarikat sebagai keraian kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan sebagai membantu meringankan beban warga syarikat menyambut Aidilfitri,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, AKSB dan kerajaan negeri diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan pemberian sagu hati Aidilfitri sebanyak RM10,000 kepada Ahli Lembaga Pengarah AKSB, baru-baru ini.

Pemberian sagu hati itu dipercayai membabitkan sembilan ahli lembaga pengarah, selain setiausaha syarikat didakwa menerima RM2,000 dan kakitangan RM200.

Gesaan itu dibuat selepas tular notis mengenai pemberian sagu hati yang disebarkan di media sosial sejak kelmarin.

Susulan itu, AKSB membuat laporan polis petang kelmarin berhubung kebocoran dokumen sulit mengenai pemberian sagu hati.

Laporan polis itu dibuat oleh pegawai undang-undang AKSB, Muhammad Amin Shamsudin terhadap dua hantaran Facebook yang dimuat naik oleh individu dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain.

Kredit foto: FB

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat